ALAT ZIKIR ELEKTRONIK
TAJUK
PENGENALAN
Pada zaman sekarang, seperti yang kita semua tahu terdapat ramai umat Islam yang terlalu sibuk dengan kerja-kerja mereka. Hal ini mengakibatkan ramai umat yang lali dan lupa untuk melaksanakan ibadah mereka pada setiap hari. Oleh disebabkan itu, setiap umat Islam haruslah mempunyai satu alat yang boleh memberitahu mereka untuk melaksanakan ibadah pada setiap hari.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan perkara yang diatas terjadi ialah setiap umat Islam perlu mempunyai sebuah alat yang boleh memberitahu mereka untuk menunaikan ibadah mereka pada masa yang ditetapkan. Sebaga contohnya ialah telefon bimbit, tasbih digital dan juga penggera yang menunjukkan waktu solat fardhu 5 waktu.
Oleh disebabkan itu, kami sebagai pelajar politeknik telah mencari sebuah alat yang sangat berguna dan juga berkemungkinan besar dapat menyelesaikan masalah yang kita semua hadapi. Alat yang kami maksudkan ialan ALAT ZIKIR ELEKTRONIK. Alat zikir elektronik mempunyai pelbagai fungsi, antaranya ialah dapat menetapkan waktu azan solat fardu secara automatik mengikut kawasan, mempunyai bacaan zikir dan juga dapat mengambil kiraan bacaan zikir yang dibaca.
PRINSIP SYARIAH INOVASI
1. RABANIYYAH
- Semua perkara yang wujud di dunia adalah milik Allah SWT bahkan alam ini juga. Dengan itu, kehidupan seharian kita mestilah sehaluan dengan agama Allah SWT iaitu Islam. Jadikanlah Islam sebagai panduan hidup agar setiap perbuatan yang ingin dilakukan tidak bercanggah dengan tuntutan-Nya. Oleh itu, dengan kemajuan teknologi kini kami berjaya mencari saru produk yang berkonsepkan 'RABANIYYAH' iaitu zikir elektronik yang berfungsi sebai tasbih digital, penandaan waktu solat berserta bunyi azan. Secara tidak langsung umat Islam peka dengan waktu untuk peribadah kepada Allah SWT.
- Prinsip WASATIYYAH amat penting dalam kehidupan ini. Dalam Islam, kita tidak digalakkan untuk berlebihan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sikap, cara hidup, perbuatan dan penciptaan. Sebagai umat Islam, kami turut mengamalkan keserdahanaan dalam pencariaan produk kami. Sebagai contoh, bahan-bahan yang digunakan tidak memberi impak negatif kepada persekitaran sama ada alam dan manusia.
- Keseimbangan dalam hidup sangatlah dititikberatkan bagi umat Islam. Walaupun kita sedang leka dengan kemajuan teknologi sekarang, janganlah kita lupa akan bekalan untuk akhirat kelak. Bahkan lebih elok kalau kita sertakan kecanggihan tersebut ke arah yang lebih baik. Misalnya, dengan adanya ilmu kejuruteraan teknologi kami berjaya mengeluarkan alat zikir elektronik yang bersifat rohina lalu mampu menginsafi hati kita daripada perkara yang sia-sia melalui zikir.
PERANAN SYARIAH INOVASI
1. MEMELIHARA AGAMA
- Berpadukan syarak, Islam menegaskan bahawa segala perbuatan dan penciptaan umatnya haruslah sentiasa memelihara agama selain mendatangkan kebaikan. Oleh itu, apa yang boleh dikaitkan dengan produk pilihan kami ialah dengan adanya alat zikir elektronik masyarakat muslim boleh beribadah kepada Allah SWT pada setiap masa dan dimana-mana sahaja. Contohnya, sambal mencari nafkah seharian, kita dapat berzikir dan selawat ke atas-Nya.
- Nyawa ialah satu pinjaman yang sangat berharga daripada Allah SWT kepada ciptaan-Nya. Majoriti umat Islam kini takut kehilangan nikmat tersebut kerana belum cukup bekalan ukhtawi. Tambahan lagi, manusia sekarang lalai dengan pelbagai hiburan yang merosakkan jiwa dan membawa ke arah maksiat serta dosa. Oleh itu rekaan produk kami ini dapat memupuk umat Islam ke arah kebenaran dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT agar dilembutkan hati untuk meninggalkan perbuatan doa yang sia-sia.
- Akal ialah anugerah yang tiada tandingannya terhadap permikiran manusia. Umat Islam digalakkan melakukan kebaikan dan beramal bukan sekadar suruhan, sebaliknya untuk menjamin akal yang sihat. Alangkah teruknya sikap individu jika bertindak tidak berasaskan akal yang dikurniakan. Bahkan selalu terkurung dalam kesempitan hidup. Dengan itu, kami berharap produk yang dipilih ini mampu merawat akal setiap hamba Allah yang lemah ini. Malah meminta izin-Nya agar dapat membezakan perkara baik dan buruk.
PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA INOVASI
- Melalui pelaksanaan syariah, penggunaan alat zikir elektronik dapat memberikan manfaat berikut dalam konteks Bahasa Melayu:
1. Memudahkan zikir yang tepat
- Alat zikir elektronik ini memudahkan pengguna untuk melakukan zikir dengan betuo dan sesuai dengan ajaran agama Islam.
2. Menggalakkan konsistensi dalam ibadah
- Alat ini dapat menggalakkan konsistensi dalam beribadah zikir setiap hari, sesuai dengan jaran syariah.
3. Memberikan pendidikan agama
- Alat zikir elektronik memberikan pendidikan agama yang meluas termasuk mengenai zikir-zikir yang yang dianjurkan, cara-cara yang betul dalam melaksanakan zikir serta makna-makna dan kelebihan zikir dalam Islam.
4. Menyediakan sumber rujukan
- Alat zikir elektronik boleh berfungsi sebagai rujukan untuk pelbagai aspek keagamaan, membantu pengguna memahami lebih mendalam tentang agama Islam.
5. Membantu mengekalkan tradisi dan adat
- Penggunaan alat ini juga dapat membantu dalam mengekalkan tradisi dan adat berzikir yang sesuai dengan syariah.
- Dengan menggunakan alat zikir elektronik dengan betul dan mengikut tuntutan syariah, pengguna dapat memperoleh manfaat berlipat ganda dalam meningkatkan penghayatan agama dan kualiti ibadah zikir mereka.
KAEDAH FIQH INOVASI
1. SETIAP PERKARA BERGANTUNG PADA TUJUANNYA
- Produk ini bertujuan memupuk sikap sentiasa berfikir dan ingat kepada Allah SWT dalam setiap masa dan keadaan. Hal ini akan menambahkan lagi iman seseorang dalam beribadat kepada Allah SWT.
- Produk ini dapat memudahkan seseorang untuk mengira kiraan zikir dan dapat membantu seseorang mengetahui waktu sloat. Produk ini sesuai untuk digunakan dimana sahaja seperti contoh seseorang yang suka berjalan-jalan diluar.
- Hal ini sekali gus dapat membantu semua umat Islam dalam menguruskan masa dunia dan kepentingan akhirat dalam kehidupan seharian supaya lahirnya golongan yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kami dapat simpulkan bahawa produk yang dapat hasilkan banyak produk yang dapat hasilkan banyak membantu umat Islam dalam mendidik diri supaya lebih bertaqwa dan dapat melahirkan sifat ihsan isitu sifat yang menyedari diri sentiasa diawasi Allah SWT. Hal ini dapat menjadikan diri kita lebih berdisiplin dan akan menjadikan diri kita taat kepada perintah Allah SWT. Sebagai umat Islam, zikir perlulah dijadikan rutin harian sebagai makanan rohani setiap manusia.
Dari satu sudut, terdapat dua jenis zikir iaitu zikir umum dan zikir khusus. Zikir umum ialah zikir yang terisi dalam amal ibadah lain seperti solat dan sebagainya di mana semua amalan itu dilaksanakan untuk ingat kepada Allah. Zikir ini dilaksanakan dengan sendirinya apabila amalan tersebut dilaksanakan dengan hadir hati. Terdapat juga zikir yang memerlukan talqin, tarbyah dan irsyad daripada murshid. Zikir ini dinamakan zikir tarekat ataupun zikir darajah. Ia boleh diamalkan bagi orang yang berkeinginan untuk memperbaiki diri, menyucikan hati, mendekatkan diri, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat, namun ia perlu merujuk kepada ahli yang berkelayakan.
TAJUK
MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM SESI II : 2023/2024 TAJUK: ALAT ZIKIR ELEKTRONIK NAMA PENSYARAH ENCIK SAFUAN BIN M...
-
1. SETIAP PERKARA BERGANTUNG PADA TUJUANNYA Produk ini bertujuan memupuk sikap sentiasa berfikir dan ingat kepada Allah SWT dalam setiap mas...
-
Sebagai kesimpulannya, kami dapat simpulkan bahawa produk yang dapat hasilkan banyak produk yang dapat hasilkan banyak membantu umat Islam ...
-
Melalui pelaksanaan syariah, penggunaan alat zikir elektronik dapat memberikan manfaat berikut dalam konteks Bahasa Melayu: 1. Memudahkan zi...