1. MEMELIHARA AGAMA
- Berpadukan syarak, Islam menegaskan bahawa segala perbuatan dan penciptaan umatnya haruslah sentiasa memelihara agama selain mendatangkan kebaikan. Oleh itu, apa yang boleh dikaitkan dengan produk pilihan kami ialah dengan adanya alat zikir elektronik masyarakat muslim boleh beribadah kepada Allah SWT pada setiap masa dan dimana-mana sahaja. Contohnya, sambal mencari nafkah seharian, kita dapat berzikir dan selawat ke atas-Nya.
2. MEMELIHARA NYAWA/JIWA
- Nyawa ialah satu pinjaman yang sangat berharga daripada Allah SWT kepada ciptaan-Nya. Majoriti umat Islam kini takut kehilangan nikmat tersebut kerana belum cukup bekalan ukhtawi. Tambahan lagi, manusia sekarang lalai dengan pelbagai hiburan yang merosakkan jiwa dan membawa ke arah maksiat serta dosa. Oleh itu rekaan produk kami ini dapat memupuk umat Islam ke arah kebenaran dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT agar dilembutkan hati untuk meninggalkan perbuatan doa yang sia-sia.
3. MEMELIHARA AKAL
- Akal ialah anugerah yang tiada tandingannya terhadap permikiran manusia. Umat Islam digalakkan melakukan kebaikan dan beramal bukan sekadar suruhan, sebaliknya untuk menjamin akal yang sihat. Alangkah teruknya sikap individu jika bertindak tidak berasaskan akal yang dikurniakan. Bahkan selalu terkurung dalam kesempitan hidup. Dengan itu, kami berharap produk yang dipilih ini mampu merawat akal setiap hamba Allah yang lemah ini. Malah meminta izin-Nya agar dapat membezakan perkara baik dan buruk.
No comments:
Post a Comment