1. RABANIYYAH
- Semua perkara yang wujud di dunia adalah milik Allah SWT bahkan alam ini juga. Dengan itu, kehidupan seharian kita mestilah sehaluan dengan agama Allah SWT iaitu Islam. Jadikanlah Islam sebagai panduan hidup agar setiap perbuatan yang ingin dilakukan tidak bercanggah dengan tuntutan-Nya. Oleh itu, dengan kemajuan teknologi kini kami berjaya mencari saru produk yang berkonsepkan 'RABANIYYAH' iaitu zikir elektronik yang berfungsi sebai tasbih digital, penandaan waktu solat berserta bunyi azan. Secara tidak langsung umat Islam peka dengan waktu untuk peribadah kepada Allah SWT.
2. WASATIYYAH
- Prinsip WASATIYYAH amat penting dalam kehidupan ini. Dalam Islam, kita tidak digalakkan untuk berlebihan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sikap, cara hidup, perbuatan dan penciptaan. Sebagai umat Islam, kami turut mengamalkan keserdahanaan dalam pencariaan produk kami. Sebagai contoh, bahan-bahan yang digunakan tidak memberi impak negatif kepada persekitaran sama ada alam dan manusia.
2. TAWAZUN
- Keseimbangan dalam hidup sangatlah dititikberatkan bagi umat Islam. Walaupun kita sedang leka dengan kemajuan teknologi sekarang, janganlah kita lupa akan bekalan untuk akhirat kelak. Bahkan lebih elok kalau kita sertakan kecanggihan tersebut ke arah yang lebih baik. Misalnya, dengan adanya ilmu kejuruteraan teknologi kami berjaya mengeluarkan alat zikir elektronik yang bersifat rohina lalu mampu menginsafi hati kita daripada perkara yang sia-sia melalui zikir.
No comments:
Post a Comment